PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA


Go



i) Merupakan permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain.
- Hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.


ii) Juga dikenali sebagai Wéiqí dalam bahasa Cina.
iii) Berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM.
Kanak-kanak China kuno sedang bermain Go.


Wanita China kuno juga bermain Go pada masa lapang.


iv) Lebih popular di seluruh pelosok dunia.
v) Terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupun peraturan-peraturannya mudah.
Pertandingan Go juga semakin popular.

Ramai orang tua yang menggemari permainan Go.

vi) Cara bermain:
- Dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam atau putih di atas persilangan grid garis. (Saiz piawai bagi grid ini adalah 19x19)
Papan Go

- Peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz.
- Saiz 13x13 dan 19x19 yang juga merupakan pilihan popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik di samping memperkenalkan Go kepada para pemain baru.
- Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan.
- Biasanya, setiap pemain akan berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentu agar ia tidak ditangkap, sementara memetakkan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap.
Taktik-taktik bermain Go.


- Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.
Gaya pengambilan biji batu di sebelah kiri adalah betul,
manakala di sebelah kanan adalah salah.

Permainan Go di Korea Selatan.

Permainan Go di Jepun.