LEE KE WEI
Blog Ini Dibina Bagi Memenuhi Keperluan Kerja Kursus GKB
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Yo-Yo Cina
i) Mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera
yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang.
ii) Cara bermain:
-Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan
menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan,
membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.
- Pemain memegang stik kayu yang diikat dengan tali
nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
- Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada jatuh dan
memutar diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan.
-Diabolo ringan mudah digunakan tetapi putaran nya
mungkin hanya seketika.
- Pemain handal
biasa memilih diabolo yang berat untuk melakukan pelbaga aksi.
- Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa
panjang untuk menjadi mahir.
iii) Telah dikenal pasti wujud sejak Dinasti Min.
Permainan yoyo cina pada zaman dahulu. |
iv) Pada zaman moden, ia digunakan sebagai:
Alat persembahan di atas sarkas. |
v) Boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh
menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang
pengguna.
vi) Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi supaya membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
Rujuk Dari :https://ms.wikipedia.org/wiki/Yoyo_cina
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Go
i) Merupakan permainan berpapan berstrategi untuk dua
orang pemain.
- Hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan
putih.
ii) Juga dikenali sebagai Wéiqí dalam bahasa Cina.
iii) Berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan
terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM.
Kanak-kanak China kuno sedang bermain Go. |
Wanita China kuno juga bermain Go pada masa lapang. |
iv) Lebih popular di seluruh pelosok dunia.
v) Terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks
walaupun peraturan-peraturannya mudah.
Pertandingan Go juga semakin popular. |
Ramai orang tua yang menggemari permainan Go. |
vi) Cara bermain:
- Dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti
meletakkan batu hitam atau putih di atas persilangan grid garis. (Saiz piawai
bagi grid ini adalah 19x19)
Papan Go |
- Peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada
mana-mana saiz.
- Saiz 13x13 dan 19x19 yang juga merupakan pilihan
popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik
di samping memperkenalkan Go kepada para pemain baru.
- Objektif permainan ini adalah untuk menguasai
kawasan papan yang lebih besar daripada lawan.
- Biasanya, setiap pemain akan berusaha untuk
meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentu agar ia tidak ditangkap,
sementara memetakkan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa
ditangkap.
Taktik-taktik bermain Go. |
- Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan
dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong,
hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.
Gaya pengambilan biji batu di sebelah kiri adalah betul, manakala di sebelah kanan adalah salah. |
Permainan Go di Korea Selatan. |
Permainan Go di Jepun. |
Rujuk Dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Go
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
i) Merupakan sebuah papan Cina dua orang pemain.
ii) Berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi dan janggi.
Papan catur.
iii) Bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering
digelar sebagai Catur Cina.
- Mempunyai sebuah sejarah yang panjang
- Didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-7 Sebelum Masihi di China.
- Pada mulanya, tiada peraturan yang terperinci, ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat Cina.
Pemain xiangqi pada zaman dahulu di China.
Foto ihsan daripada Chris Hankinson.
iv) Salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia.
Xiangqi ialah permainan yang popular pada hujung minggu di beijing. |
Xiangqi telah dimainkan oleh masyarakat yang bukan bangsa Cina.
v) Ciri-ciri unik termasuk:
- Terdapat dua warna bagi buah catur Xiangqi iaitu warna hitam/hijau dan merah.
- Pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti”raja” dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama dan juga “sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Buah catur yang berwarna hitam dan merah.
vi) Cara bermain:
- Setiap pemain akan mengawal salah satu warna buah catur.
- Pemain perlu mengerakkan buah catur untuk mengeluarkan buah catur pelawannya dengan pergerakan catur yang tertentu.
Setiap jenis buah mempunyai pergerakan yang berbeza.
Rujuk Dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Xiangqi
Subscribe to:
Posts (Atom)