PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Xiangqi

i) Merupakan sebuah papan Cina dua orang pemain.


ii) Berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi dan janggi.

Papan catur.

iii) Bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.

- Mempunyai sebuah sejarah yang panjang

-  Didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-7 Sebelum Masihi di China.

- Pada mulanya, tiada peraturan yang terperinci, ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat Cina.

Pemain xiangqi pada zaman dahulu di China.
Foto ihsan daripada Chris Hankinson.
iv) Salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.

Xiangqi ialah permainan yang popular pada hujung minggu di beijing.

Xiangqi telah dimainkan oleh masyarakat yang bukan bangsa Cina.

v) Ciri-ciri unik termasuk:

- Terdapat dua warna bagi buah catur Xiangqi iaitu warna hitam/hijau dan merah.

- Pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti”raja” dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama dan juga “sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Buah catur yang berwarna hitam dan merah.
vi) Cara bermain:

- Setiap pemain akan mengawal salah satu warna buah catur.

- Pemain perlu mengerakkan buah catur untuk mengeluarkan buah catur pelawannya dengan pergerakan catur yang tertentu. 



Setiap jenis buah mempunyai pergerakan yang berbeza.

Rujuk Dari:  
https://ms.wikipedia.org/wiki/Xiangqi